Friday 17 February 2012

CAPITOL HILL

Kesempatan melawat Capitol Hill memberi ruang untuk melihat bagaimana Amerika berusaha bersungguh- sungguh untuk mempromoaikan kepercayaan mereka. Lawatan dimulakan dengan video yang bertajuk ' One out of many....'. Video ini adalah bahan propaganda kelas pertama menceritakan sejarah Amerika, perang saudaranya, juga kerencaman dan kepelbagaian masyarakatnya. Tetapi mereka tetap unik dan bersatu.

Lawatan diteruskan dengan menelusuri banguanan asal Capitol Hill yang dipenuhi dengan patung-patung pemimpin mereka di serial bilk yang disinggahi. Kami sentiasa ditemani dengan pemandu pelancung khas Capitol Hill. Wanita itu tak jemu bercerita tentang keagungan pemimpin mereka dan tidak lokek ilmu bila dihujani dengan pelbagai pertanyaan.

Pelancung luar negara juga diberi keistimewaan untuk menonton perbahasan Senat dan Kongres secara langsung. Kami berkesempatan melihat pembentangan di Dewan Senat. Dalam dewan itu, hanya pembentang dan pegawai Senat sahaja yang ada. Senator yang lain sibuk kot.

Keseluruhan lawatan selama satu setengah jam ini adalah percuma.

Begitulah kesungguhan Amerika mempromosikan kepercayaan mereka. Bagaimana pula kita mempromosikan negara yang kita sayangi ini?

Thursday 16 February 2012

LAWATAN KE 'STATE DEPARTMENT'

Setelah melawat Arlington National Cemetry, saya berkesempatan ke Satae Department untuk bertemu dengan 'Deputy Assistant Director' di situ. Rombongan kami disambut dengan demonstrasi di hadapan bangunan 'State Department'. Rupanya, temujanji kami serentak dengan lawatan Xi Xianping, Naib Presiden Republik Rakyat China.

Jika di luar bangunan sorak-sorak para demonstran jelas kedengaran, keadaan di lobi sangat berbeza. Mini okestra sedia menyambut tetamu. Kebetulan pula, sewaktu sedang berurusan di lobi, Naib Presiden sampai. Kami sempat menyaksikan sambutan berpermaidani merah dengan iringan mini okestra untuk seorang Naib Presiden.

Pertemuan bersama pegawai 'State Department' berlangsung selama sejam waktu makan tengahari. Pertemuan yang sangat informatif untuk kedua-dua belah pihak. Cuma di hujung pertemuan pegawai Amerika tersebut, bertanya soal Hamza Kashargi, dan menyuarakan ketidaksetujuan mereka dengan tindakan kerajaan Malaysia. Diwaktu itu, jelas tergambar bagaimana tidak konsistennya pendirian pegawai polis dunia itu.

Arab Saudi adalah sekutu rapat Amerika, mereka boleh sahaja menekan Arab Saudi untuk tidak mengapa-apakan Kashargi. Apakah itu yang mereka akan lakukan?

Keduanya, pegawai tersebut juga menekankan peri pentingnya perjuangan mereka mengenai hak asasi manusia. Sebab itu mereka membenarkan demonstrasi yang mengutuk kerajaan China tatkala hadirnya Naib Presiden di luar bangunan mereka. Ironinya, sambuatn di dalam persis sambutan seorang Ketua Negara. Mungkin sebab nama Xi Xianping disebut-sebut bakal menjadi pemimpin nombor satu Republik Rakyat China. Soal saya, adakah Hillary Clinton dan Biden akan mempersoalkan kedudukan hak asasi di China sewaktu pertemuan mereka? Pertemuan tersebut berlaku serentak dengan waktu pegawai 'State Department' mempersoalkan tindakan Kerajaan Malaysia menghantar pulang Hamza Kashargi!

Tuesday 14 February 2012

ARLINGTON NATIONAL CEMETRY

Pagi semalam (14 Februari) saya melakukan aktiviti yang tidak pernah terfikir akan dilakukan. Melawat Arlington National Cemetry. Tanah perkuburan untuk pahlawan-pahlawan Amerika moden. Samada yang ternama atau yang tidak bernama. Semua terbilang, tiada yang terbuang. JFK pun dikuburkan di situ. Kata hikmatnya pun dituliskan berhampiran kuburnya.

Apa yang menarik tentang lawatan ini? Soal, bagaimana Amerika mengenang dan menghargai perwiranya. Semua pahlawan perangnya ada nesannya di situ. Tapi melihat lebih dalam, National Arlington Cemetry membawa misi lebih besar. Menyemai semangat patriotisma. Berbondong-bondong anak sekolah melawat tanah perkuburan itu bersama guru- guru mereka. Oleh itu, tidaklah memeranjatkan di bumi Amerika ini, anggota tentera sentiasa dipandang tinggi. Ramai anak Amerika yang bercita-cita menjadi anggota tentera. Terutamanya tentera udara. Mereka mahu menjadi anggota tentera bukan kerana gajinya. Tetapi kerana prestijnya. Amerika bijak menghargai perwiranya.

Bagaimana pula keaadaannya di tanah air yang kita sayangi ini?

Sunday 25 December 2011

Thursday 24 November 2011

Wednesday 16 November 2011