Tuesday 14 February 2012

ARLINGTON NATIONAL CEMETRY

Pagi semalam (14 Februari) saya melakukan aktiviti yang tidak pernah terfikir akan dilakukan. Melawat Arlington National Cemetry. Tanah perkuburan untuk pahlawan-pahlawan Amerika moden. Samada yang ternama atau yang tidak bernama. Semua terbilang, tiada yang terbuang. JFK pun dikuburkan di situ. Kata hikmatnya pun dituliskan berhampiran kuburnya.

Apa yang menarik tentang lawatan ini? Soal, bagaimana Amerika mengenang dan menghargai perwiranya. Semua pahlawan perangnya ada nesannya di situ. Tapi melihat lebih dalam, National Arlington Cemetry membawa misi lebih besar. Menyemai semangat patriotisma. Berbondong-bondong anak sekolah melawat tanah perkuburan itu bersama guru- guru mereka. Oleh itu, tidaklah memeranjatkan di bumi Amerika ini, anggota tentera sentiasa dipandang tinggi. Ramai anak Amerika yang bercita-cita menjadi anggota tentera. Terutamanya tentera udara. Mereka mahu menjadi anggota tentera bukan kerana gajinya. Tetapi kerana prestijnya. Amerika bijak menghargai perwiranya.

Bagaimana pula keaadaannya di tanah air yang kita sayangi ini?

2 comments:

  1. Lembaga Tabung Angkatan Tentera kita ada banyak duit dan sahamnya besar;)

    ReplyDelete
  2. Bro, tak ada gambar ke, nak juga tengok...ke tempat yang sama macam dalam cerita "Saving Private Ryan" tempat tu.

    ReplyDelete