Thursday 16 February 2012

LAWATAN KE 'STATE DEPARTMENT'

Setelah melawat Arlington National Cemetry, saya berkesempatan ke Satae Department untuk bertemu dengan 'Deputy Assistant Director' di situ. Rombongan kami disambut dengan demonstrasi di hadapan bangunan 'State Department'. Rupanya, temujanji kami serentak dengan lawatan Xi Xianping, Naib Presiden Republik Rakyat China.

Jika di luar bangunan sorak-sorak para demonstran jelas kedengaran, keadaan di lobi sangat berbeza. Mini okestra sedia menyambut tetamu. Kebetulan pula, sewaktu sedang berurusan di lobi, Naib Presiden sampai. Kami sempat menyaksikan sambutan berpermaidani merah dengan iringan mini okestra untuk seorang Naib Presiden.

Pertemuan bersama pegawai 'State Department' berlangsung selama sejam waktu makan tengahari. Pertemuan yang sangat informatif untuk kedua-dua belah pihak. Cuma di hujung pertemuan pegawai Amerika tersebut, bertanya soal Hamza Kashargi, dan menyuarakan ketidaksetujuan mereka dengan tindakan kerajaan Malaysia. Diwaktu itu, jelas tergambar bagaimana tidak konsistennya pendirian pegawai polis dunia itu.

Arab Saudi adalah sekutu rapat Amerika, mereka boleh sahaja menekan Arab Saudi untuk tidak mengapa-apakan Kashargi. Apakah itu yang mereka akan lakukan?

Keduanya, pegawai tersebut juga menekankan peri pentingnya perjuangan mereka mengenai hak asasi manusia. Sebab itu mereka membenarkan demonstrasi yang mengutuk kerajaan China tatkala hadirnya Naib Presiden di luar bangunan mereka. Ironinya, sambuatn di dalam persis sambutan seorang Ketua Negara. Mungkin sebab nama Xi Xianping disebut-sebut bakal menjadi pemimpin nombor satu Republik Rakyat China. Soal saya, adakah Hillary Clinton dan Biden akan mempersoalkan kedudukan hak asasi di China sewaktu pertemuan mereka? Pertemuan tersebut berlaku serentak dengan waktu pegawai 'State Department' mempersoalkan tindakan Kerajaan Malaysia menghantar pulang Hamza Kashargi!

No comments:

Post a Comment